Khamis, 8 Mei 2014

Bermula Semula

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalammualaikum

Kehidupan bukanlah sesuatu yang mudah, malah ianya sangat mencabar dan memberi ribuan perasaan. Kita menangis, ketawa, merajuk, disakiti, tersakiti dan bermacam perasaan yang datang dalam masa yang sama. Kali ini, aku menyambung semangat lama, semangat yang hilang...oh silap! Semangat yang aku hilangkan sendiri. Jika dilihat ini seperti entry pertama aku, mungkin readers cakap aku baru lagi dalam dunia 'ber'blog ini. Eh, taklah...sebenarnya sudah lama aku dalam dunia ini, cuma aku padam semua enry dan cerita-cerita yang aku kongsikan dengan semua dahulu. Okay, bukan nak memalukan diri sendiri, tapi entry lama tersangatlah kebudakkan dan tak matang. Penuh dengan emosi dan sesumpah(seranah)

Alhamdulillah, sudah jauh aku berjalan. Pelbagai yang aku hadap, dengan karenah manusia tambah lagi keadaan yang sangat memberi cabaran. Aku bersyukur, aku dapat gagahkan diri ini walaupun dalam diri aku, lemah. Aku terlari lari landasan perjuangan hidup aku. Seperti dipanggil semula, seperti bermula semula. Diluar sana, bermacam manusia yang kita lihat. Malah sangat menggerunkan. Mereka asyik kritik kita, seolah-olah kita ini jijik dimata mereka. Ingat, walaupun apa pun yang terjadi, kita mesti tabah menghadapi. Apa yang berlaku, ianya telah menjadikan kita pada hari ini. Kita kuat kerana kita. Yup, Just You and yourself.

Hingga ke hujung dunia, kita akan tetap dipandang entang dengan mereka yang tak pernah berpuas hati dengan diri kita. Macam aku, tak mampu nak 'ber'fesyen lawa dan mahal-mahal, gadjet yang gaji 12 bulan punya, berkereta. Aku cuma mampu melihat mereka, tapi itu tak apa. Asalkan kita mesti menguruskan diri kita.
It's Okay, as long you know who are you.

Disakiti? atau kecewa dalam cinta? itu perkara biasa ( tapi seriously mmg tak biasa bagi org yg dah rasa -'-)  sebab dengan kisah lalu kita dapat belajar dari kesilapan, atau mungkin terlalu muda untuk bercinta (seperti aku). Kita kena yakin yang Allah itu telah tetapkan yang terbaik untuk kita. Cuma dalam penceritaan yang Allah tetapkan, ada garam, sos, gula, blackpaper or chesee(OMG I LOVE CHESEE!! eh tetiber o'o). You all know what i mean right?

Jangan pernah menyesal atau merungut, cuma apa yang aku minta dengan semua, kita tak boleh hidup dengan cara kita sahaja. Ada masa itu, kita kena ikut arus, itulah yang terbaik. Tapi ingat arus hidup ini kita yang tentukan, samada ke kiri kanan, atas bawah(suka hati kau!!). Yang pasti, kita kena bersemangat, buat yang terbaik untuk seterusnya.

Tiada ulasan: