Ahad, 12 April 2015

Life Is Learning

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

"Dengan menyebut nama Allah lagi maha pemurah lagi maha penyeyang"


Assalammualaikum


Alhamdulillah, tiga tahun dalam pengajian diploma akhirnya aku mampu berjalan sendiri seiring dengan mereka diluar sana. Well, even diploma tapi aku tahu aku boleh pergi lagi jauh dari mereka.
Bukanlah nak riak atau bercakap besar...aku percaya dengan kata-kata dari mulut aku sendiri.
Jika kita perasan..hanya ayat-ayat yang keluar dari mulut kita sahaja yang betul, kerana kita tahu walaupun mulut dan lidah berkata lain, tapi hakikatnya kita tahu sendiri. Berbandinglah yang keluar dari mulut manusia yang kita tidak tahu akar umbi kebenaranya.



Aku tahu bukanlah mudah untuk terus melangkah dari level ke level life yang lain...ye aku faham sangat. Tapi bila aku renung kembali, yelah Allah maha adil dan dia tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Dia tidak akan persiakan hambanya sebab Dia tahu...dan aku yakin.
Tiadalah detik saat untuk aku merungut apa yang aku lalui, namun sebagai manusia biasa dan lemah seperti aku pasti inginkan terbaik.Aku yakin you alls pun samaken? am i right?



Alhamdulillah, lepas tamat belajar aku bekerja...yelaah nk tampung makan minum takkan nak bergantung dengan mak. Lagi pun aku bukan dari keluarga senang yang mampu dari segala sudut, tapi aku bersyukur.....dan aku belajar. Kerja ikut shift sangat penat, kerja di 7 Eleven. Tuhan sahaja yang tahu...penat yang teramat sangat. Siang malam macam tiada masa untuk aku berehat. Then after that aku kerja di #unifieldcollege sebagai perunding akademik dan kerja...aku tak mampu untuk bercakap apa. Aku tak mahu bagi kritikan tapi sikap melayu berdasarkan pengalaman aku...sangat pemalas. Mungkin segelintir tapi mostly disana...sangat.




Aku tak mampu bertahan dengan suasana macam tu, sebab persekitaran tak mampu bagi sesuatu yang positive...for surely. So tukar kerja...dapat pulak kerja sebagai Eksekutif Marketing di #yadanfoodindustris. Subahanallah...bos pulak GAY!! adoih...tak ker giler org buat marketing, tapi dia suruh aku urut badan dia. Apa kau giler nak bagi aku buat mcm tu...



Tukar lagi, akhirnya aku bekerja di Kompleks Al-Sa'adah, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Alhamdulillah...bekerja disini sebagai kadet dakwah dan you know what, aku tenang..jiwa aku tenang kerja disini.Diberi kepercayaan menjaga Unit Media dan Koporat dan juga sebagai Pembantu Peribadi kepada Pengurus Kompleks...bukan senang nak bergerak sekali gus. Suasana kerja yang aman dan tenang tapi bagi aku perkara biasa bila yelaa..aku bukannya baik sangat tapi disini aku belajar untuk menjadi terbaik dalam diri.



In shaa Allah dari segala persiapan, next month bulan 5 aku akan berpindah ke Kuala Lumpur untuk mengembangkan karier aku. Bukannya aku tak suka kerja disini tapi keadaan mendesak aku pindah ke KL untuk dapatkan pendapatan yang lagi tinggi. Lagi pun aku nak sambung Ijazah dan memerlukan duit tambahan lagi aku nak buat PJJ atau part time study memerlukan kereta jugak. Lagi pun aku nak berjasa pada ibu aku, monthly aku nak jugak sumbang walaupun tak banyak tp bagi jugak.



So tuntasnya, aku sentiasa berpesan pada diri aku sendiri dan orang diluar sana. Kehidupan bukanlah sesuatu yang mudah dan bukanlah sesuatu yang susah. Ianya terpulang kepada seseorang itu untuk menjalaninya. Semua inginkan yang terbaik, semua inginkan yang terbaik dan semua inginkan yang terbaik. Namun apa yang paling penting kita jangan berhenti percaya, jangan berhenti mencuba dan jangan pernah mengaku kalah. Suatu hari nanti , dimana saat kita akan tiba. In shaa Allah



Tiada ulasan: