بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"
Assalammualaikum
Indahnya hidup ini adalah kita akan melalui fasa-fasa kehidupan dan disetiap episod ceritanya berlainan. Sudah pasti dalam ceritanya ada yang terluka dan pedih untuk disusun dengan kata-kata. Ada saatnya kita tertanya kepada tuhan, mengapa kita dan tidak manusia lain. Hari-hari yang mendatang terasa kosong dan adakah kita sekadar "hidup"?
Ada hari dimana, kita ingin pergi..pergi sejauhnya dan tinggalkan semua ini. Pergi membawa diri membawa hati yang penuh cerita dan kisah yang tidak terluah. Kita merenung kembali dimasa lalu dimana hari kita penuh dengan warna yang hanya sekarang kita simpan sebagai memori silam.Tidak memikirkan masalah dan kita tidak terlalu menjauh mendalami kehidupan dewasa ini.
Setiap fasa kita lalui pasti kita akan berkenalan dengan hati baru..jiwa baru. Ya, kehidupan ini
seperti kereta api dan kita akan berhenti disetiap destinasi yang berlainan. Malah disetiap destinasi akan ada penumpang baru dan pasti ada yang akan turun menandakan dia telah selasai masa bersama kita. Tuhan maha adil, manusia yang memberi kita pelajaran erti kehidupan ini sudah pasti kita tidak akan bertembung kembali. Itulah kehidupan, seperti kamus bergerak. Kita belajar dan fahaminya terus kita pergi ke cerita seterusnya.
Hebat dan dasyat jika kita toleh kebelakang semula, apa yang kita telah lalui. Kehidupan dewasa ini sangatlah hebat. Kesedihan, kehilangan, suka dan duka memberi hitam putih dalam cerita ini. Mungkin ada jiwa yang tengah bersedih..mungkin disebabkan kehilangan atau perpisahan. Mungkin juga, ada jiwa yang tengah bergembira dan tenang.
Fahamilah erti disetiap perasaan itu wahai sahabat, Tuhan tidak pernah salah caturkan cerita ini dalam hidup kita. Bersangka baiklah dan janganlah terlalu lama bersedih kerana akan masanya tiba kita akan tinggalkan semua ini dan menjalani episod baru. Ya, kehilangan dan luka yang masih setia didalam diri ini tidak akan pernah hilang. Parutnya kekal..namun jangalah terlalu lama bersedih.
Ada masanya kita ingin hentikan masa dan hidup didalamnya, berhenti menua dan melihat ahli keluarga kita dan sahabat rapat untuk selamanya. Ada masanya kita rindu akan kenangan dulu, masih segar dalam ingatan dimana kita masih kecil dan bermain keriangan dan waktu sekolah sangat seronok menjadi remaja dan mengenal erti dunia ini. Terutama ibu dan ayah kita dari dulunya kuat dan gagah untuk menjadi pelindung diri ini dan kini terdampar sakit malah sudah pergi melalui fasa kehidupan yang baru. Perit untuk terima kenyataan menjadi dewasa ini, namun inilah realiti dan hakikat yang perlu kita terima.
Kita berpura yang semuanya baik-baik sahaja namun dalam sudut hati ini kita terluka dalam diam. Ingin meluah tidak terkata malah hanya menjadi sembilu didalam hati. Begitulah kehidupan, mendidik kita untuk menjadi seorang yang berjiwa kuat walaupun ada kalanya kita tidak yakin dengan kaki sendiri. Bohonglah jika kita tidak pernah rasa untuk berputus asa, rasa buntu seperti kita sudah dijalan yang hujungnya mati tidak berlampu, namun siapa sangka kita mampu melangkah jua dan tinggalkan semuanya.
Aku belajar satu perkara dalam proses dewasa ini bahawa tidak akan ada seseorang yang kekal dalam cerita kita. Keluarga akan pergi walaupun mereka masih ada kerana mereka akan berkeluarga dan mulakan perjalanan baru. Sahabat sudah tentu mereka ada kehidupan sendiri, ada pun hanya sekali sekala untuk bersua. Pasangan? lucu aku katakan yang aku masih tidak mampu menerima sesiapa kerana kisah lama berikan aku pengajaran bahawa sakit tidak berdarah itu kekal sakitnya tanpa kita kenal parut namun masih terasa kekal.
Aku berharap tuhan sentiasa sembuhkan hati terluka diluar sana, dan sentiasa pegang erat kita untuk jalani kehidupan ini. Dewasa itu sakit yang tidak berdarah.
