بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan nama Allah yang maha pemurah
lagi maha penyayang”
Assalammualaikum
Kasih sayang yang ada pada setiap manusia adalah berbeza dan tidaklah sama pada rasanya. Sayang dan cinta adalah unik bagi setiap makhluk yang tercipta didunia ini, kerana satu cinta yang terjadi adalah untuk seorang sahaja.
Kasih sayang yang ada pada setiap manusia adalah berbeza dan tidaklah sama pada rasanya. Sayang dan cinta adalah unik bagi setiap makhluk yang tercipta didunia ini, kerana satu cinta yang terjadi adalah untuk seorang sahaja.
Indahnya perasaan bila kita bangun
dari lena dan pertama yang kita lihat adalah wajahnya menyinari pagi kita.
Secawan kopi dan sekeping biskut yang dibuat dari tangan yang penuh kasih sayang….ianya
cukup bermakna dan aku yakin itulah yang paling enak untuk permulaan hari yang
akan menjadi sibuk dikemudiannya. Aku percaya, sayang tidak perlu diluah..atau
dilafaz kerana ianya tiadalah perkataan yang mampu menerangkan
sifat…perlakuan…rupa dan paling penting adalah rasanya.
Memahami adalah perkara utama bagi
setiap pasangan, kita percaya pasangan mampu mencerminkan kita dari
perlakuanya. Aku menulis bedasarkan pengalaman dan ……aku tahu bagaimana situasi
tu. Manusia dilahirkan dengan rasa kasih sayang dan hati yang lembut, walaupun
sekeras mana pun hati itu kalau dicurah dengan belaian dan tutur kata yang
sopan, aku yakin mampu melembutkan jiwa yang keras.
Bantu membantu adalah faktor utama
bagi memastikan hubungan itu berjaya…dalam konteks ini, setiap manusia yang
boleh berfikir secara normal dan mampu melihat secara zahir tak akan membiarkan
manusia lain menderita dan menitiskan airmata.
Ianya bermula daripada rahsia yang
tiada siapa pun tahu…rahsia yang terpendam antara dua hati satu rasa. Ianya
perkongsian tentang kebebasan, idea, semangat, masa depan, kekuatan
dan….harapan. Mereka lari dan…jatuh,bangun semula terus berlari tapi pada
mulanya mereka adalah mereka. Berkongsi ketakutan dalam gelapnya bilik…bersatu
dan berganding bahu antara dua hati satu rasa melawan arus untuk menjadi
kekuatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan