Rabu, 13 Februari 2019

Always Remember Us This Way

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"

Assalammualaikum


 
 Hidup penuh dengan cabaran dan dugaan, malahan jatuh bangun adalah lumrah bagi setiap insan yang bergelar manusia. Kita tidak boleh lari dari hakikat tersebut kerana manusia diciptakan
oleh tuhan untuk terima qada' dan qadar.

Walaupun manusia itu diciptakan dari pelbagai rupa dan warna kulit namun secara asasnya mereka adalah sama. Aku selalu persoalkan kenapa perlu kita merendahkan manusia lain sedangkan kita ini adalah sama dan hinanya penuh dengan dosa.
Aku tidak pernah salahkan takdir hidup ini jika aku jatuh dan tertekan,kerana bagi aku itu adalah fasa pembelajaran untuk kita mengenal dengan lebih dalam erti kehidupan ini.

 Kebanyakan dalam setiap cerita aku lebih kepada kehidupan kerana aku suka berkongsi dan menceritakan apa itu kehidupan. Hidup perlu istiqomah dan konsisten untuk menjadi khalifah di muka bumi Allah ini. Aku faham bukan senang untuk istiqomah kerana ia memerlukan fokus yang sangat tinggi.

Meraikan kehidupan bukan bermakna kita tiada batasnya, manusia itu perlu ada hadnya kerana bagi aku batas adalah peringatan untuk kita supaya tidak berlebih-lebihan dalam hidup ini contoh membuka aib atau penindasan kepada makhluk lain.
 Bagaimana kita rasa kehidupan hari ini? Adakah kita menjalani kehidupan harian kita penuh dengan bermakna dan apa yang kita buat adakah berbaloi untuk diri kita atau sekadar kosong.
Ingatlah, seperti diri aku juga ...aku akan sentiasa fikir setiap hari apa pun yang jadi bersyukurlah dan selalulah pandang kedepan atau lebih kurang optimistik.

Jika kita mengalami hari yang buruk, jatuhnya air mata itu taklah seburuk mana apa yang kamu rasa. Ianya tidak salah untuk menangis dan ianya tidak menunjukan kita lemah...menangislah dan mengadulah kepada Allah kerana Dia adalah sebaik-baik pendengar.

Bagi aku setiap hari adalah peluang untuk mulakan sesuatu yang baru. Hari semalam adalah sejarah untuk kita simpan tapi hari yang baru bagaikan peluang kedua kepada kita. Kita boleh jadi lebih baik dari semalam...biarlah manusia lain terus mengata atau mengkritik diri kita, tapi ingatlah pesan ini, mereka kenal kita berapa lama sahaja? tapi kita kenal lebih lama siapa diri kita yang sebenar.
 Jadi...jujurlah dan sayangilah siapa diri kita.


Tiada ulasan: