Khamis, 21 Februari 2019

Take A Step (...You Don't Have To Be Invincible)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"

Assalammualaikum
 
 
Kebanyakan manusia mahukan kebahagian dan kejayaan serta kehidupan yang diimpikan
dan
mereka berperang untuk itu. Itu kebiasaan bagi manusia yang punyai matlamat sendiri dan ianya tidaklah salah. Jatuh bangun manusia itu adalah lumrah dan setiap orang akan melaluinya.
 
Kita bermula dari penat lelah untuk mulakan perjalanan ini, dan kita cuba buktikan yang kita tidak kalah walaupun ada masanya kita penat. Air mata itu adalah peneman dimalam hari, bila seharian kita melalui penatnya diri ini.
 
 
 
Kita melangkah jauh, jika anda baca entry ini disini aku ucapkan tahniah. Anda memang seorang yang tabah dan kuat..dan ianya tak apa jika anda lelah dan ada masa kita mengeluh dan rasa kurang dalam diri ini kerana kita tidak sempurna dan banyak kelemahan dan kekurangan. Anggaplah ianya seperti iklan yang singah dan pergi. Dimana, bila kita puas lelah dan mengeluh melangkahlah maju kedepan, genggam matlamat dan cita-cita hidup ini.
 

Kita tidak perlu menjadi inviscible, tengoklah sejauh mana kita sudah melangkah. Janganlah takut untuk kedepan kerana hidup ini penuh dengan misteri.Terokailah setiap sudut... Janganlah kerana perasaan takut kita menghalang kita untuk buat apa yang kita suka.Explore dan terbanglah sejauh mana kita mahu.


Bersyukurlah, kerana sebaik-baik manusia adalah bersyukur kepada Allah, kerana Dia yang tempatkan kita dan Allah tahu yang terbaik untuk kita. Bila kita bersyukur, kita telah set diri kita dengan sesuatu yang positif dan bila diri kita menjadi positif , kita akan dapat selesaikan masalah dengan bijak. Itulah yang selalu mentor saya, Prof Muhaya Mohamad selalu pesan...bersyukur dan bersikap positif.
 


 "Scars to your beautiful"....Ingatlah, anda adalah sebaik-baik ciptaan Allah, maka terimalah diri anda sepenuhnya. Kita sepatutnya tahu yang kita adalah cantik dengan cara kita sendiri, dan kita tidak perlu takut dengan warna kulit, rendah tinggi semua itu. Manusia yang bersikap negatif menyatakan bahawa cantik itu adalah sesuatu yang sakit untuk dapatkannya..namun bagi aku mereka tidak nampak erti sebenar kecantikan itu. Kecantikan adalah sesuatu yang sangat mudah...jika kita lihat dicermin kaca dan pandanglah dari sudut mata hati dan bersikap positif...anda akan nampak kecantikan itu. Ya, itulah diri kita itulah kecantikan sebenar.. maka bersyukur dan terimalah diri kita seadanya, dan kita lengkap.

Alhamduillah, terima kasih.



Tiada ulasan: