Selasa, 19 Julai 2022

Bangkitlah Sahabat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"

Assalammualaikum

Hidup ini ibarat mengembara sambil menikmati kenangan lepas dan mendatang. Apa yang lepas tidak boleh dikembalikan. Aku sendiri ada kalanya sesal tidak menikmatinya.
Hilang arah hidup dan haluan seperti kapal tanpa nakhoda ditengah lautan, ye itulah yang boleh digambarkan. Tanpa sebarang tujuan dan harapan, tetap teruskan perjalanan ini kerana itu sahaja pilihan yang ada.

Ada masanya kita perlu duduk dan melihat apa yang sebenarnya terjadi disekitar kita. Berehat dan bernafas bukanlah bermaksud kita untuk mengalah. Istilah berputus asa sepatutnya tidak pernah wujud dalam kamus kita. Kita diciptakan dengan alasan yang kukuh kerana Allah itu maha adil. Bukanlah bermaksud hidup ini mudah, tidak sama sekali. 

Bohonglah jika kita cemburu dengan kehidupan manusia lain yang lebih baik dari kita. Namun kita tahu yang setiap perjalanan manusia itu adalah berbeza. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Janganlah salahkan tuhan itu jika kehidupan kita tidak seindah yang kita rancang dan cubalah cari indahnya dalam kesakitan yang kita tanggung ini.





Pernah aku duduk bersama dan berbual dengan manusia seperti gelandangan, depresi, kemurungan serta pelbagai lagi dan begitu banyak yang tersimpan didalam hati mereka dan begitu banyak yang terkubu sehinggakan mereka tidak terluah. Bukanlah mereka untuk tidak mengharapkan kehidupan yang lebih sempurna dan bahagia dan mereka telah mencuba sedaya upaya namun jurrang dan kondisi mereka seperti sesuatu benda yang menghalang. Depresi bukanlah sesuatu yang perlu diambil ringan, janganlah kita merendahkan dan mudah untuk kita membuat konklusi sesuatu keadaan seseorangn itu tanpa mendengar dan memahami situasi mereka.

Ada masanya mereka tidak perlukan sesorang untuk mendengar apa isi hati mereka tapi mereka perlu seseorang disisi dan cukuplah sekadar ada. Meraka yang tidak pernah lalui situasi begini pasti mudah membuat spekulasi bahawa golongan ini berpura-pura atau berdrama. Stigma beginilah yang akan membuat mereka jatuh jauh ke dalam lagi. Ingatlah bukan kita untuk menghukum seseorang itu.

Kepada mereka yang masih berlawan diluar sana, janganlah berputus asa. Jika penat rehatlah dan bernafaslah sedalamnya. Perjalan untuk seterusnya mungkin lebih rumit atau tidak mudah disangka, aku sentiasa doakan kalian kuat. Jika jatuh menangislah sekuatnya, namun bila air mata sudah kering bangkitlah semula dan teruskan perjuangan kalian. Kita tidak tahu apa untuk seterusnya anggaplah sesuatu yang indah menunggu kita dihujung pengembaraan perjalan kita ini. Sudah pasti kerana itu janji Allah pada kita. 

Bangkitlah untuk diri kita.



Tiada ulasan: