Selasa, 3 Februari 2026

PERMATA SAYU

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"

Assalammualaikum

Hidup ini sangat menghairankan. Masa itu ibarat halusinasi yang memukau diri ini. Siapa sangka masa demi masa dan hari demi hari jauh juga perjalanan hidup ini, dan kita ibarat tersedar dari mimpi yang lena. Bagaikan tubuh dipagi hari bangun dari buai mimpi tanpa sedar kita sudah berada di titik hidup saat ini. Jika kita mengimbau kembali banyak juga kisah yang telah kita lalui, dan siapa sangka
kita berjaya harungi dengan penuh kesabaran.

Tuhan tidak pernah silap mengatur perjalanan hidup ini, malah sejak dari awal cerita hidup kita sudah tertulis hanya kita sahaja untuk nikmatinya. Bersangka baik dengan Allah, namun bohonglah 
jika kita tidak pernah persoalkan mengapa sesuatu itu berlaku dan "mengapa aku tuhan?" Percayalah wahai sahabat, semua itu ada pewarna dalan hidup ini, dimana hujung perjalanan ini kita akan tersenyum dengan bangga. 

Dunia ini bukanlah rumah untuk kita dan bukan tempat kita untuk beristirehat disini. Perjalanan kita masih jauh dan banyak fasa yang perlu kita lalui untuk ke rumah abadi. Dimana kita boleh bergembira dan bahagia selamanya. Ya, agak kolot bunyinya jika kita cerita secara terus kepada orang malah mereka akan tertawakan kita. Namun sifat optimistik kita pandang ke arah sana, ya Jannah garis penamat untuk perjalanan ini. Berusahalah aku yakin kita mampu buat. Jatuh bangun kuatkan hati cekalkan diri tajamkan matlamat kita.

Kita datang disini keseorangan dan kita akan ke sana keseorangan juga. Bahagia yang kekal menunggu kita. Ya ! aku akui kita adalah makhluk yang lemah dan penuh dengan dosa, ada masanya kita berputus asa dan bersnagka buruk dengan takdir tapi ingatlah wahai sahabat bahawa Allah tidak akan sesekali kecewakan kita kerana Allah adalah Al-Fattah (Maha Pembuka) dan Allah juga adalah Al-Latif (Maha Lembut) Allah Maha melihat dan Allah Maha mengetahui semuanya termasuklah didalam hati kita.

Bahagia, gembira, ketenangan dan redha itu sangatlah mahal dan perlukan pengorbanan untuk dibayar. Ingatlah Rasulullah SAW bersabda:



كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ، أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ

Maksudnya: “Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau musafir.”


Bagi aku, kebahagian itu adalah dimana kita menerima apa yang akan mendatang dan melepaskan apa yang telah terjadi. Erti kata lain nikmati, syukuri dan jalani sahaja.
Mungkin kita lelah dan juga penat hari demi hari dengan amanah tanggungjawab yang perlu dipikul malah berhadapan dengan kerenah manusia yang tiada habisnya, ingatlah wahai sahabat anggaplah semua itu "perasa" dalam cerita hidup ini dan janganlah ianya terus masuk didalam pemikiran sehingga melibatkan perasaan kita. Sangatlah tidak berfaedah untuk kita.

Ingatlah pesan ini, berlian perlukan masa untuk menjadi permata tetapi bukan semua permata adalah berlian. Teruskan melangkah, kalau hujan berteduhlah dulu dan kalau hujan sudha berhenti sambunglah melangkah.  








Selasa, 19 Julai 2022

Bangkitlah Sahabat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"

Assalammualaikum

Hidup ini ibarat mengembara sambil menikmati kenangan lepas dan mendatang. Apa yang lepas tidak boleh dikembalikan. Aku sendiri ada kalanya sesal tidak menikmatinya.
Hilang arah hidup dan haluan seperti kapal tanpa nakhoda ditengah lautan, ye itulah yang boleh digambarkan. Tanpa sebarang tujuan dan harapan, tetap teruskan perjalanan ini kerana itu sahaja pilihan yang ada.

Ada masanya kita perlu duduk dan melihat apa yang sebenarnya terjadi disekitar kita. Berehat dan bernafas bukanlah bermaksud kita untuk mengalah. Istilah berputus asa sepatutnya tidak pernah wujud dalam kamus kita. Kita diciptakan dengan alasan yang kukuh kerana Allah itu maha adil. Bukanlah bermaksud hidup ini mudah, tidak sama sekali. 

Bohonglah jika kita tidak cemburu dengan kehidupan manusia lain yang lebih baik dari kita. Namun kita tahu yang setiap perjalanan manusia itu adalah berbeza. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Janganlah salahkan tuhan itu jika kehidupan kita tidak seindah yang kita rancang dan cubalah cari indahnya dalam kesakitan yang kita tanggung ini.





Pernah aku duduk bersama dan berbual dengan manusia seperti gelandangan, depresi, kemurungan serta pelbagai lagi dan begitu banyak yang tersimpan didalam hati mereka dan begitu banyak yang terkubu sehinggakan mereka tidak terluah. Bukanlah mereka untuk tidak mengharapkan kehidupan yang lebih sempurna dan bahagia, mereka telah mencuba sedaya upaya namun jurang dan kondisi mereka seperti sesuatu benda yang menghalang. Depresi bukanlah sesuatu yang perlu diambil ringan, janganlah kita merendahkan dan mudah untuk kita membuat konklusi sesuatu keadaan seseorangn itu tanpa mendengar dan memahami situasi mereka.

Ada masanya mereka tidak perlukan sesorang untuk mendengar apa isi hati mereka tapi mereka perlu seseorang disisi dan cukuplah sekadar ada. Meraka yang tidak pernah lalui situasi begini pasti mudah membuat spekulasi bahawa golongan ini berpura-pura atau berdrama. Stigma beginilah yang akan membuat mereka jatuh jauh ke dalam lagi. Ingatlah bukan kita untuk menghukum seseorang itu.

Kepada mereka yang masih berlawan diluar sana, janganlah berputus asa. Jika penat rehatlah dan bernafaslah sedalamnya. Perjalan untuk seterusnya mungkin lebih rumit atau tidak mudah disangka, aku sentiasa doakan kalian kuat. Jika jatuh menangislah sekuatnya, namun bila air mata sudah kering bangkitlah semula dan teruskan perjuangan kalian. Kita tidak tahu apa untuk seterusnya anggaplah sesuatu yang indah menunggu kita dihujung pengembaraan perjalan kita ini. Sudah pasti kerana itu janji Allah pada kita. 

Bangkitlah untuk diri kita.



Rabu, 15 Mei 2019

BE HAPPY


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"

Assalammualaikum

Segala pujian kepada Allah dan selawat kepada baginda serta keluarga dan para sahabat.
Hidup ini lebih indah jika kita sentiasa positif dalam apa jua perkara yang dilakukan. Hidup penuh dengan kesyukuran serta berlapang dada dalam setiap hal yang berlaku.

Hidup dengan tenang dan bebas dari masalah adalah matlamat bagi setiap manusia, namun semua itu bermula dari diri kita sendiri dan bagaimana untuk mencapai matlamat tersebut.

Entry kali ini, aku nak kongsi tips  yang boleh membantu readers diluar sana untuk sentiasa kekal dalam keadaan positif. Lebih kurang 7 tips  dapat membantu anda diluar sana ianya mudah dan senang dipraktikan.

Antaranya;

''Have sense of wonder"
Kita mesti ada satu tahap dimana, kita menjadi gembira dan excited  dalam hari itu walaupun tiada perkara menarik yang berlaku. Inilah yang dimaksudkan, hati akan menjadi gembira sentiasa namun perasaan ini datangnya dari sifat bersyukur kita sendiri. Jika kita besyukur dalam apa pun keadaan maka secara tidak langsung hati kita akan redha dan tenang.




''Stay Inspired"
Jika kita sentiasa dikelilingi aura negatif berkemungkinan akan memberi kesan yang buruk pada diri kita. Serba sedikit akan memberi kesan maka untuk kekal dalam keadaan yang positif adalah dengan sentiasa berbuat sesuatu yang berbaloi untuk diri sendiri. Contohnya, buat satu senarai harian untuk diri sendiri mungkin "makan aiskrim 7 jenis dalam sehari" atau "menonton wayang kegemaran". Pangkalnya adalah bermula dengan tindakan kita namun anda perlulah komited dan kekal produktif.


''Help Others"
Tolong menolong adalah amalan yang baik malah amalan yang mulia disisi Allah s.w.t. Membantu makhluk lain dalam kesusahan dan menyenangkan hati mereka juga boleh membuat kita rasa bahagia dan tenang.

''Love Your Career"
Ini tidaklah bermaksud jika anda tidak suka dengan pekerjaan anda sekarang anda perlu berhenti. Mungkin sesetengah orang tidak selesa dengan karier mereka namun pesan saya disini cuba cari benda yang positif dalam pekerjaan anda kerana inilah rezeki yang Allah beri kepada kita.


''Excercise"
Ini adalah WAJIB!!! Bersenam bukan sekadar untuk keluarkan peluh sahaja namun ianya untuk menguatkan sistem imun badan kita. Jika kita bersenam walaupun tidaklah ke gymnasium, berlari sekurang-kurangnya 3 kali seminggu akan menyehatkan badan kita.
.
'Face Your Own Fears"
Bohonglah jika kita tidak ada ketakutan sendiri. Seperti  aku manusia biasa, aku sangat takut dengan ketinggian terutamanya jika berada dibangunan yang tinggi. Erti kata lain, gayat yang teramat sangat. So jadikan ketakutan kita sebagai penguat semangat untuk maju kedepan atau mencuba sesuatu yang baru.



'Believe In Yourself"
Setiap manusia ada kelebihan sendiri, dan kita tidak perlu membandingkan diri kita dengan orang lain. Manusia itu adalah sebaik-baik ciptaan Allah,unik dan mampu untuk berdiri dengan sendiri. Percaya pada diri anda walau dalam apa jua keadaan. Ingatlah diri kita sangat berharga dan kita layak untuk dapat kejayaan dan kebahagiaan. Allah tidak akan sia-sia doa hambanya. Berdoalah pada Allah supaya dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan ini. 

Mungkin anda semua ada cara tersendiri untuk gembira, malah mungkin yang sudah berkeluarga anak-anak juga bagi kebahagiaan kepada anda atau yang masih bujang ibu bapa adalah penyeri kehidupan. Ingatlah kita manusia sebaik-baik ciptaan Allah, kita layak untuk bahagia dan kita layak mendapat bahagian tersebut. Carilah kebahagiaan anda, ye mungkin kehidupan ini amat tertekan dengan kewangan, pekerjaan, manusia yang sentiasa memberi kritikan negatif, namun semua itu adalah terpulang kepada hati kita untuk menerimanya sebagai penjatuh diri atau penguat semangat. 

Alhamdulillah,Terima Kasih.



Isnin, 22 April 2019

BE PRODUCTIVE

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"

Assalammualaikum
Dalam entry  kali ini, aku nak kongsi petua yang aku selalu amalkan dalam karier dan kerja
seharian. Petua ini, aku dari zaman belajar dulu amalkan cuma ada masa "terlari" juga dari landasan. Biasalah, aku juga manusia biasa dan tidak lari dari buat kesalahan, tapi kita kenalah selalu beringat setiap kesalahan adalah titik untuk kita buat peningkatan.


Petua ini, dikongsi oleh pensyarah aku, Puan Rohana dari Politeknik Port Dickson. Petua oleh orang Jepun yang selalu dimuatkan dalam konteks kehidupan mereka terutama dalam aspek pekerjaan.
Antaranya adalahah:
1. Menepati masa.
2. Budaya kerja yang tinggi.
3. Sistematik.

1. Menepati Masa.
Jika kita sentuh bab masa, adalah sesuatu yang kita tidak boleh sentuh namun kita mampu merasa
ianya datang dan berlalu. Malahan ianya sesuatu yang boleh diukur dan jika kita kaitkan dalam aspek pekerjaan, masa adalah sangat penting contoh yang mudah, menepati masa masuk bekerja dan keluar ikut waktu. 
Masa dalam aspek pekerjaan juga bukan hanya masuk ikut waktu sahaja namun kita haruslah datang awal untuk mengelak daripada berlaku sebarang kemungkinan. Paling mudah pun, kita hadap trafik yang sesak setiap hari,so untuk mengelak dari semua ini mungkin kita boleh bertolak awal dan sekurangnya-kurangnya kita dapat cut time  trafik yang sesak. Ini pandangan aku, terutamanya jika reader dalam shift environment sudah semestinya kita tak nak ganggu pekerja lain jika berlaku pertukaran shift.  Ini perlu dijaga sebabnya, dari pengalaman aku, jika kita buat masalah contohnya dalam pertukaran shift kita datang lambat sudah semestinya kita ganggu masa perkerja lain 
dan bermulalah kisah antara sinis dan pandangan dingin...so baik elakan.
so jika click link ini, mungkin boleh jadi amalan dan pemahan kita




2. Budaya Kerja Yang Tinggi.  
Dalam sesuatu organisasi, budaya bekerja adalah menjadi pengukur bagi seseorang itu, tidak kisahlah jika anda berjawatan tinggi atau rendah, budaya yang diamalkan seperti hormat menghormati serta sedia menerima teguran adalah asas bagi rutin harian bekerja anda.
Sentiasa memberi pertolongan kepada perkerja lain yang memerlukan adalah penting kerana dengan tolong menolong dapat mengeratkan silaturahim sesama pekerja. Rasuah adalah sesuatu yang amat serius yang perlu dielakan , isu rasuah ini telah senonim dan kesannya amatlah buruk terutama imej diri kita. Walaupun benda sekecil-kecil janganlah kita terima kerana ianya bertentangan dengan agama Islam dan saya yakin agama lain juga tidak menghalalkan rasuah ini.

Dalam rutin harian bekerja kita sudah tentu terdapat tatacara yang perlu kita patuhi dan penuhi. Setiap tatacara yang telah dirangka oleh organisasi mesti berkait rapat dengan tugasan kita, Bagi aku, apa yang telah ditetapkan oleh organisasi kita mestilah ikut untuk dapatkan hasil yang terbaik. Namun secara peribadinya, bagi aku kerja yang bagus adalah datangnya dari diri kita, sebab itu aku kagum dengan cara orang jepun bekerja selain dari budi bahasa yang tinggi mereka juga bekerja secara teratur.



Kami mulakan dengan firman Allah SWT:
وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”

(Surah al-Baqarah: 188


3. Sistematik
Dalam rutin harian bekerja kita sudah tentu terdapat tatacara yang perlu kita patuhi dan penuhi. Setiap tatacara yang telah dirangka oleh organisasi mesti berkait rapat dengan tugasan kita, Bagi aku, apa yang telah ditetapkan oleh organisasi kita mestilah ikutuntuk dapatkan hasil yang terbaik. Namun secara peribadinya, bagi aku kerja yang bagus adalah datangnya dari diri kita, sebab itu aku kagum dengan cara orang jepun bekerja selain dari budi bahasa yang tinggi mereka juga bekerja secara teratur.

Itu sahaja yang boleh aku kongsi disini, serba sedikit harap boleh menjadi manfaat kepada semua readers
Alhamdulillah, terima kasih.